(74 kg) Mula kembali Puasa Selang Sehari

Setelah beberapa hari saya berhenti puasa selang sehari (banyak pula kerja di ofis), hari ini saya berniat untuk sambung kembali puasa selang sehari. Semalam saya berniat untuk puasa sehingga ke hari ini (36 jam); tapi bila balik rumah, nampak masakan sedap (sardin.. yum yum), saya terus "berbuka". Dapat la dalam 24 jam berpuasa.

Jadi hari ini saya ingat nak mengumpulkan iltizam kudrat saya untuk berpuasa sehingga ke pagi esok. Saya berhenti makan pada jam 11.00 malam semalam dan berniat untuk makan pada hari esok sekitar 8.00 pagi. So, dapatlah dalam berapa jam tu, 33 jam?

Sejak beberapa yang lalu, saya dilanda kerja yang sibuk. Sebab tu perlu mendapatkan makanan berkalori tinggi (untuk bagi kemudahan kepada otak saya menyerap stres daripada tempat kerja... haha). Memang tak jaga makan la dua tiga hari lepas. Pula tu, Alhamdulillah anak saudara mendapat result yang baik dalam UPSR, jadi kami celebrate dengan makanan yang tidak berapa sihat.

Pagi tadi saya timbang berat. Berat saya adalah pada 74 kg. Mak oi... 2 hari aje boleh naik 2 kg kalau tak jaga makan? Tapi saya sedar, penambahan berat badan ni adalah disebabkan berat air, so saya tak berapa risau sangat la. hahaha.

Saya nak kongsikan sedikit maklumat tentang kacang hijau (kacang peas) kat sini. Khasiatnya banyak la. So, jadikan amalan. Kenyang pun kenyang. Cuma tak berapa sedap aje.


Oklah. Jumpa lagi nanti ya!

edit : Oleh kerana saya dok teman bos hari ini, agak susah juga untuk menolak pelawaannya untuk makan. Jadi, saya pun terpaksa "berbuka". Begitulah kisahnya. Puasa kensel hari ini.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

(Hari Makan ~74 kg) Makan.. Makan dan makan

Kemaskini 1 Mac 2016

Sedikit Kemaskini