Selamat bertemu.
Salam sejahtera. Saya membangunkan blog ni untuk menjurnalkan progres dan pemikiran saya berkenaan dengan puasa selang sehari. Saya mendapati tidak banyak maklumat berkenaan dengan puasa selang sehari ini di Internet. Oleh itu, saya mencipta blog ini untuk berkongsi pandangan dan penemuan saya berkenaan dengan puasa selang sehari ini.
Saya tidak begitu asing dengan berpuasa. Bahkan, aktiviti berpuasa ini adalah aktiviti yang saya gemari sejak beberapa tahun lalu. Namun, sejak baru-baru ini sahaja saya mula mengamalkan aktiviti puasa selang sehari ini. Tujuan saya mengamalkannya adalah untuk :

- Kesihatan tubuh badan secara keseluruhan
- Peningkatan keupayaan kognitif
- Untuk tujuan menjernihkan minda
- Sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan arthiritis, migrain dan beberapa masalah kesihatan yang saya hadapi
- Mengurangkan berat badan
Saya berharap saya boleh bergiat aktif untuk menyumbang untuk blog ini. Sehingga berjumpa lagi.
Comments
Post a Comment