(Hari Berpuasa) Sambutan Deepavali di Pejabat

Hari ini adalah hari sambutan perayaan Deepavali di ofis saya. Perayaan Deepavali disambut dua minggu lepas di seluruh dunia, dan sambutannya di peringkat Bahagian di tempat saya hanya berlangsung hari ini. Staf-staf Bahagian yang beragama Hindu membawa juadah untuk dikongsi bersama secara pot luck; masing - masing berkongsi sumber untuk dijadikan juadah makan bersama. Malah, untuk menyerikan majlis, staf yang beragama Hindu memakai pakaian tradisional mereka. Saya memang suka dengan benda-benda tradisional ni; pada pandangan saya adalah satu yang unik kerana kita selalu dibanjiri dengan benda-benda yang moden, sehinggakan untuk bertemu dengan perkara-perkara tradisional pun jarang-jarang sekali.

Bila tiba tang makan tu, saya hanya melihat daripada sudut aje, sebab hari ini adalah giliran hari saya berpuasa. Tu la implikasinya puasa selang sehari tu. Rasa rugi juga. Kalau hari ini saya makan mungkin saya boleh menikmati juadah yang enak! Tapi takpelah, saya hanya cakap dengan mereka saya minta diri aje.

Bila menghindatri makan dan minum ni, berada di ofis tanpa baju sejuk merupakan satu penyeksaan! Sebab apa? sebab aircond lah! Bila anda tidak menjamah apa-apa makanan, badan anda tidak akan menjana tenaga dalam bentuk haba untuk memanaskan badan anda. Ditambah lagi dengan berada di dalam air-cond, boleh beku rasanya!

Ok, jumpa nanti! Hari ni tidak sempat untuk timbang berat badan. Tapi saya rasa banyak juga berat air yang hilang. Begitu la. Bila berpuasa, berat air akan hilang; dan bila makan kembali, air akan disimpan semula di dalam badan.

Comments

Popular posts from this blog

(Hari Makan ~74 kg) Makan.. Makan dan makan

Kemaskini 1 Mac 2016

Sedikit Kemaskini