Posts

Showing posts from 2015

Sedikit Kemaskini

Sejak akhir-akhir ini, banyak benda yang berlaku di ofis; dan sebagai seorang pekerja, saya perlu juggling dengan banyak perkara. Agak sukar juga untuk kekal konsisten puasa selang sehari. Banyak gangguan luaran; dan tidak lupa juga dorongan nafsu dalaman. Jadi, boleh dikatakan dalam 1 minggu kebelakangan ini, saya gagal la. Kadangkala saya sudah berada pada jam yang ke 26, tetapi kemudian saya berbuka. Seperti hari ini, saya rancang ingin berpuasa selang sehari, tetapi seorang kawan mengajak saya makan tengah hari bersama. Atas dasar ukhwah dan persahabatan, jadi saya pun berbuka. Esok dan lusa pula saya berkursus di luar. Jadi agak susah juga. Mungkin dalam hal ini, rancangan fallback saya adalah cuba makan sesihat mungkin. Walaupun outcome tidak sama seperti puasa selang sehari, tetapi sekurang-kurangnya tahap tenaga saya kekal maintain.

(Hari Makan ~ 71.5 kg) Menu Serba Ringkas

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya lebih suka makan makanan yang serba ringkas apabila mula mengamalkan puasa selang sehari. Makanan yang ringkas, tetapi kaya dengan nutrien. Hari ini, saya mula makan pada pukul 6 pagi dan makan makanan berikut : Oat Pisang x 1 biji Kurma x 4 biji Kacang merah semangkuk Walaupun hidangan kat atas nampak begitu ringkas dan simple, tapi saya rasa kenyang dan puas. Mungkinkah kerana hidangan tu kaya dengan nutrien? Entahlah. Yang pasti saya akan cuba makan makanan yang sihat dan seimbang. 

Kemaskini 24-25 Nov 2015

Semalam saya tidak mengemaskini blog ini. Cuma hari ini baru saya berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Hari semalam (hari makan), berat saya sebelum saya start makan adalah 70 kg. Setelah sehari suntuk makan, berat naik mendadak kepada 73 kg. Memang tu la rutinnya kalau puasa selang sehari ni. Perbezaan berat antara hari berpuasa dan hari saya makan memang dalam 2-3 kg. Ini juga la yang membuatkan baju saya kadang-kadang ketat dan kadang-kadang longgar bila dipakai. Semalam, saya mula makan sekitar 5 pagi! Satu benda yang saya perasan bila saya mula mengamalkan puasa selang sehari ini adalah saya menjadi seorang yang berpagi-pagian; maksudnya saya bangun awal pagi. Kadangkala seawal 4 pagi. Bagus jugak kot, mana la tau boleh istiqamah sembahyang malam. Biasanya setelah 32 jam, saya tidaklah rasa begitu lapar, cuma rasa dahaga tu lebih. Biasanya saya akan mulakan dengan minum air. Ini penting, untuk menghidratkan kembali badan. Kemudian, saya mula dengan makan makanan y...

(Hari Berpuasa) Sambutan Deepavali di Pejabat

Hari ini adalah hari sambutan perayaan Deepavali di ofis saya. Perayaan Deepavali disambut dua minggu lepas di seluruh dunia, dan sambutannya di peringkat Bahagian di tempat saya hanya berlangsung hari ini. Staf-staf Bahagian yang beragama Hindu membawa juadah untuk dikongsi bersama secara pot luck; masing - masing berkongsi sumber untuk dijadikan juadah makan bersama. Malah, untuk menyerikan majlis, staf yang beragama Hindu memakai pakaian tradisional mereka. Saya memang suka dengan benda-benda tradisional ni; pada pandangan saya adalah satu yang unik kerana kita selalu dibanjiri dengan benda-benda yang moden, sehinggakan untuk bertemu dengan perkara-perkara tradisional pun jarang-jarang sekali. Bila tiba tang makan tu, saya hanya melihat daripada sudut aje, sebab hari ini adalah giliran hari saya berpuasa. Tu la implikasinya puasa selang sehari tu. Rasa rugi juga. Kalau hari ini saya makan mungkin saya boleh menikmati juadah yang enak! Tapi takpelah, saya hanya cakap dengan mereka ...

(Hari Makan ~74 kg) Makan.. Makan dan makan

Image
Hari ni saya menghadiri kenduri kahwin teman sekerja saya di Batu Caves. Tempat nya tersorok sikit, nasib baik saya pergi berpandukan gps, kalau tidak tak jumpa la. Tempat nya gah. Dekorasinya hebat. Chandelier bergantungan di sana sini. Memang sungguh indah! Pelamin nya pun sungguh cantik hiasan nya. Tak tahu la empunya badan habiskan berapa ribu untuk kenduri kahwin ini. Memang hebat! Hari ini hari saya makan. Jadi saya mulakan dengan makan kurma 10 bijik, kacang panggang dan oat. Sampai di kenduri kawin memang makan sikit aje.. Sebab dah kenyang. Hahaha. Itulah trick dia. Bila anda berpuasa untuk satu sela masa yang agak lama, anda akan lebih tertarik untuk makan secara sihat bila anda mula makan. Entahlah, saya perasan saya lebih suka makan benda benda ringkas dan mengenyangkan bila saya start makan. Dalam perjalanan balik tu saya singgah di Subang sebab saya pergi ke kedai Direct D, nak tengok aksesori telefon. Parking betul betul kat depan satu kedai roti bakar special. So, s...

Kemas Bilik...

Hari ni saya kemas bilik. Bila diselongkar, banyak baju baju lama yang ada kat dalam wardrobe yang dah longgar nak pakai. Jadi saya pun apa lagi.. Kumpul baju baju lama dan bungkus kat dalam plastik. Dapat la 3 plastik besar. Lepas ni nak hantar di pusat kutipan pakaian terpakai. Hari ni agak lepak sikit puasa. Maklum lah cuti. Bila cuti berulang alik ke dapur ak nampak makanan aje. Lapar! Sehingga jam 12.30 tengah hari, saya dah 16 jam tak makan apa apa. Tergoda bila nampak makanan. 20 jam lagi berbaki.

(74 kg) Mula kembali Puasa Selang Sehari

Image
Setelah beberapa hari saya berhenti puasa selang sehari (banyak pula kerja di ofis), hari ini saya berniat untuk sambung kembali puasa selang sehari. Semalam saya berniat untuk puasa sehingga ke hari ini (36 jam); tapi bila balik rumah, nampak masakan sedap (sardin.. yum yum), saya terus "berbuka". Dapat la dalam 24 jam berpuasa. Jadi hari ini saya ingat nak mengumpulkan iltizam kudrat saya untuk berpuasa sehingga ke pagi esok. Saya berhenti makan pada jam 11.00 malam semalam dan berniat untuk makan pada hari esok sekitar 8.00 pagi. So, dapatlah dalam berapa jam tu, 33 jam? Sejak beberapa yang lalu, saya dilanda kerja yang sibuk. Sebab tu perlu mendapatkan makanan berkalori tinggi (untuk bagi kemudahan kepada otak saya menyerap stres daripada tempat kerja... haha). Memang tak jaga makan la dua tiga hari lepas. Pula tu, Alhamdulillah anak saudara mendapat result yang baik dalam UPSR, jadi kami celebrate dengan makanan yang tidak berapa sihat. Pagi tadi saya timbang berat...

Selamat bertemu.

Salam sejahtera. Saya membangunkan blog ni untuk menjurnalkan progres dan pemikiran saya berkenaan dengan puasa selang sehari. Saya mendapati tidak banyak maklumat berkenaan dengan puasa selang sehari ini di Internet. Oleh itu, saya mencipta blog ini untuk berkongsi pandangan dan penemuan saya berkenaan dengan puasa selang sehari ini. Saya tidak begitu asing dengan berpuasa. Bahkan, aktiviti berpuasa ini adalah aktiviti yang saya gemari sejak beberapa tahun lalu. Namun, sejak baru-baru ini sahaja saya mula mengamalkan aktiviti puasa selang sehari ini. Tujuan saya mengamalkannya adalah untuk : Kesihatan tubuh badan secara keseluruhan Peningkatan keupayaan kognitif Untuk tujuan menjernihkan minda Sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan arthiritis, migrain dan beberapa masalah kesihatan yang saya hadapi Mengurangkan berat badan Saya berharap saya boleh bergiat aktif untuk menyumbang untuk blog ini. Sehingga berjumpa lagi.